PENGENALAN
Kanak-kanak didefinisikan
sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta
Kanak-Kanak 2001.
Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius
terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di
samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh
dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.
Penderaan
boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian:
1. Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang
kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh
dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau
penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
2. Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang
kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh
dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental
atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
3. Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang
kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada
sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi
apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu
seks orang itu atau orang lain.
SEBAB
BERLAKUNYA PENDERAAN KEATAS KANAK-KANAK
1.
TEKANAN DI TEMPAT KERJA
Masalah
dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan
tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil
memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa.
Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak
yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak
masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul,
menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga
diperlakukan sebegitu.
2.
MASALAH KEWANGAN
Masalah
kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas
terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain,
sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan
sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan
sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.
Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada
anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah
pertolongan daripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
3.
KRISIS RUMAH
TANGGA
Ada
juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga
yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan
gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya
pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi
mangsa pergaduhan.
4.
KURANG PENDIDIKAN AGAMA
Ilmu agama amat penting di dalam rumah
tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga.
Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada
al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu
dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya
dalam melayan karenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita
iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik
seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.
PERANAN KERAJAAN
DAN NGO
Kerajaan
boleh mengadakan kempen anti penderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat
secara umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi
kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di
samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai
seorang ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka menjadi mangsa
penderaan yang seterusnya.
Jabatan
Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan
siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka
perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan
berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan.
Kerajaan
juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan hukuman yang
berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak. Dengan
cara mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, pendera-pendera akan berasa
takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun,
kanak-kanak dapat dilindungi daripada penderaan.
Di samping
itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan di
setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah
tangga. Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada setiap pasangan tentang
peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah
berumah tangga. Mereka dapat bersiap sedia diri dalam kehidupan yang baru.
Mereka akan lebih memahami bagaimana cara untuk membimbing anak dan sebagainya.
STATISTIK
Kes
penderaan kanak-kanak pada tahun lalu meningkat 17.8 peratus kepada 285 kes
berbanding 242 kes pada tahun 2011, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Polis
Diraja Malaysia (PDRM). Berdasarkan statistik, kanak-kanak berusia satu hingga
tujuh tahun menjadi mangsa penderaan tertinggi dalam tempoh dua tahun iaitu 136
tahun lepas berbanding 117 pada 2011. Bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun ke
atas, sebanyak 99 orang didera berbanding 82 orang dan kanak-kanak berusia kurang
satu tahun sebanyak 50 orang berbanding 43 orang.
KES PENDERAAN MENGIKUT NEGERI
|
Selangor
|
67
|
|
Johor
|
67
|
|
Pulau Pinang
|
25
|
|
Negeri Sembilan
|
24
|
|
Kuala Lumpur
|
18
|
|
Sarawak
|
15
|
|
Melaka
|
13
|
|
Perak
|
12
|
|
Kelantan
|
10
|
|
Sabah
|
10
|
|
Pahang
|
9
|
|
Kedah
|
8
|
|
Terengganu
|
4
|
|
Perlis
|
3
|
PANDANGAN DAN PENUTUP
Pengenalan
awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanak-kanak adalah penting. Ini
kerana kanak-kanak masih melalui perkembangan fizikal, mental dan psikologi. Setiap
detik gangguan boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangan sehingga
menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jika pembentukan sahsiah
kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial
akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa. Dalam kebanyakan
situasi, masalah mental dan sosial boleh melemahkan lagi tunggak kekeluargaan
pada masa akan datang. Ini sudah tentu merugikan semua pihak. Pakar psikiatri,
terutama sekali pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, perlu prihatin dan
memainkan peranan mereka dalam urusan ini dan memastikan supaya sesuatu
tindakan diambil sejak awal lagi. Orang lain atau ahli keluarga lain mungkin
tidak boleh mencegah penderaan emosi atau tidak boleh melindungi kanak-kanak
dengan sepenuhnya daripada melalui peristiwa yang traumatik, tetapi mereka
boleh membantu secara pendidikan iaitu memberi perlindungan bagi mengurangkan
kesan penderaan emosi, terutama sekali terhadap harga diri kanak-kanak. Pihak
perundangan juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana dan berkesan
dalam pengurusan kes-kes penderaan. Akibat Penderaan Emosi kepada kanak-kanak disini
terdapat pelbagai kesan negatif boleh berlaku apabila kanak-kanak menjadi
mangsa deraan emosi. Kesan negatif ini boleh timbul dalam jangka masa pendek
dan jangka masa panjang. Kesan yang timbul, sama ada dalam bentuk perubahan
tingkah laku atau salah laku atau gangguan emosi, biasanya tidak mudah dikenal
pasti. Hanya dengan penelitian setiap kes secara halus dan terperinci melalui
pengambilan sejarah yang teliti boleh membantu seseorang mengesyaki atau
mengesahkan wujudnya kaitan antara masalah tingkahlaku yang dibentangkan dengan
deraan emosi yang dialami oleh kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment