Monday, 3 June 2013

AKTIVITI KELAB BUDI PENYAYANG 2013

Assalamualaikum.

Untuk semester ke-2 di UTM,
saya telah menyertai KELAB BUDI PENYAYANG
dan kami telah menjalankan beberapa aktiviti.

Aktiviti pertama ialah:

KEMPEN DERMA DARAH

Aktiviti ini telah berjalan selama 3 hari
iaitu dari 6 Mac sehingga 8 Mac 2013 bertempat di
Dewan Besar UTM Kuala Lumpur.



saya juga telah turut serta dengan mendermakan sedikit darah.

Aktiviti kedua ialah:

LAWATAN KE RUMAH IKHLAS BAKTI

Lawatan ini telah dijalankan pada 30 Mac 2013.
Disana, kami menjalankan aktiviti seperti mengambil bacaan BMI,
tekanan darah dan juga beramah mesra bersama penghuni RUMAH IKHLAS BAKTI.


Aktiviti ketiga ialah:

KEMPEN BERHENTI MEROKOK 

Kempen ini telah berjalan selama seminggu,
bermula dari 16 Mei sehingga 21 Mei 2013.
Kami diminta untuk mengumpulkan sebanyak 1000 tandatangan
sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.






Sepanjang semester 2 hanya 3 aktiviti sahaja yang dapat dijalankan.

KES PENDERAAN KANAK-KANAK

PENGENALAN

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

Penderaan boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian:

1.      Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.

2.      Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.

3.      Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.


SEBAB BERLAKUNYA PENDERAAN KEATAS KANAK-KANAK

1.      TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

2.      MASALAH KEWANGAN

Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongan daripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

3.      KRISIS RUMAH TANGGA

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

4.      KURANG PENDIDIKAN AGAMA

Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan karenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

PERANAN KERAJAAN DAN NGO

Kerajaan boleh mengadakan kempen anti penderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat secara umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai seorang ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka menjadi mangsa penderaan yang seterusnya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan.

Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan hukuman yang berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak. Dengan cara mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, pendera-pendera akan berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun, kanak-kanak dapat dilindungi daripada penderaan.

Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan di setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada setiap pasangan tentang peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah berumah tangga. Mereka dapat bersiap sedia diri dalam kehidupan yang baru. Mereka akan lebih memahami bagaimana cara untuk membimbing anak dan sebagainya.

STATISTIK

Kes penderaan kanak-kanak pada tahun lalu meningkat 17.8 peratus kepada 285 kes berbanding 242 kes pada tahun 2011, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Berdasarkan statistik, kanak-kanak berusia satu hingga tujuh tahun menjadi mangsa penderaan tertinggi dalam tempoh dua tahun iaitu 136 tahun lepas berbanding 117 pada 2011. Bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas, sebanyak 99 orang didera berbanding 82 orang dan kanak-kanak berusia kurang satu tahun sebanyak 50 orang berbanding 43 orang.


KES PENDERAAN MENGIKUT NEGERI
Selangor
67
Johor
67
Pulau Pinang
25
Negeri Sembilan
24
Kuala Lumpur
18
Sarawak
15
Melaka
13
Perak
12
Kelantan
10
Sabah
10
Pahang
9
Kedah
8
Terengganu
4
Perlis
3


  
PANDANGAN DAN PENUTUP

Pengenalan awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanak-kanak adalah penting. Ini kerana kanak-kanak masih melalui perkembangan fizikal, mental dan psikologi. Setiap detik gangguan boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangan sehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa. Dalam kebanyakan situasi, masalah mental dan sosial boleh melemahkan lagi tunggak kekeluargaan pada masa akan datang. Ini sudah tentu merugikan semua pihak. Pakar psikiatri, terutama sekali pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, perlu prihatin dan memainkan peranan mereka dalam urusan ini dan memastikan supaya sesuatu tindakan diambil sejak awal lagi. Orang lain atau ahli keluarga lain mungkin tidak boleh mencegah penderaan emosi atau tidak boleh melindungi kanak-kanak dengan sepenuhnya daripada melalui peristiwa yang traumatik, tetapi mereka boleh membantu secara pendidikan iaitu memberi perlindungan bagi mengurangkan kesan penderaan emosi, terutama sekali terhadap harga diri kanak-kanak. Pihak perundangan juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana dan berkesan dalam pengurusan kes-kes penderaan. Akibat Penderaan Emosi kepada kanak-kanak disini terdapat pelbagai kesan negatif boleh berlaku apabila kanak-kanak menjadi mangsa deraan emosi. Kesan negatif ini boleh timbul dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kesan yang timbul, sama ada dalam bentuk perubahan tingkah laku atau salah laku atau gangguan emosi, biasanya tidak mudah dikenal pasti. Hanya dengan penelitian setiap kes secara halus dan terperinci melalui pengambilan sejarah yang teliti boleh membantu seseorang mengesyaki atau mengesahkan wujudnya kaitan antara masalah tingkahlaku yang dibentangkan dengan deraan emosi yang dialami oleh kanak-kanak.





Friday, 30 November 2012

REFLECTIVE JOURNAL 7



Assalamualikum….
On Tuesday, we've been to industrial visit at Canon Opto located at Shah Alam.
as soon as we reached at Canon Opto, the Canon staffs already waited for us with their camera for photography session =)

Then, we've been guided to the hall for a short briefing about what should we do and shouldn't do during our visit, the precaution steps if there's any emergency….
En.Husaini act as our tour guide at Canon factory.

Due to policy, every waste at Canon will not just be exposed but must be treated first.

There are 4 phase for water treatment:

Phase 1:
 FILTER PRESS
~ consist of RO unit (Reverse Osmosis) and Ground Water Treatment

Phase 2:
WASTE MINIMIZATION CENTER
~function - to reduce amount of waste
                  - to treat chemical

 

Phase 3:
NEW RECYCLE WASTE/ BIN CENTER
~ from general waste to fertilizer / carbon(can be use again)

 

Phase  4:
 TUBE WELL TREATMENT PLANT
-there is a water fountain look alike

Thanks to him, I can see and learnt new things during the tour.

 

After that, we going back to the hall to get some rest
Later, one of us got a pair of shoe cover for our next tour.
We are separated in three groups and each group got a facilitator
Have a chance to see the production of canon camera is something awesome =)
I am really looking forward to get into the real industrial working environment~~~